Thursday, 17 May 2012

Surat Pengesahan Tapak Surau Dari MPKj

Assalamualaikum W.B.T Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, kita telah pun menerima surat pengesahan tapak surau dari pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada hari Sabtu, 12 Mei 2012.  Walaupun sedikit terlewat dari jadual kerja yang telah kita rancang, sekurang-kurangnya dengan ini kita boleh meneruskan usaha pembangunan surau BPV dengan langkah seterusnya. Semoga Allah S.W.T akan terus mempermudahkan urusan kita semua. Wassalam. ...

Friday, 4 May 2012

Bertemu lagi....

Assalammualaikum w.b.t...  Dengan izin Allah S.W.T, akhirnya diberi peluang kepada penulis untuk mengemaskini laman web surau BPV ini setelah hampir sebulan lebih penulis tidak berpeluang untuk menyampaikan maklumat terkini berkaitan usaha kita. Dalam tempoh ini, penulis dan beberapa orang AJK terpaksa meluangkan sedikit masa, tenaga dan buah fikiran bagi menyelesaikan beberapa isu berbangkit yang mana jika difikirkan kembali merupakan dugaan dan ujian yang Allah S.W.T berikan kepada kita. Dugaan demi dugaan muncul di saat kita cuba mempercepatkan usaha membangunkan surau di taman perumahan kita tetapi kita hanya mampu merancang, Allah S.W.T jua yang menentukan segalanya. Alhamdulillah, walaupun isu-isu berbangkit tersebut masih...

Tuesday, 1 May 2012

Hubungi Kami

Sebarang pendapat, idea, pandangan dan makluman boleh lah dihantar secara bertulis ke alamat : Pengerusi Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau Bayu Parkville d/a : 28-1, Jalan Balakong Jaya 23 Bayu Parkville, Taman Balakong Jaya 43300 Seri Kembangan  Selangor Atau emailkan ke : surau.bayuparkville@gmail.com Untuk berhubung secara terus, sila hubungi : En Akmal Bahri b Baharuddin : 017-3618281 En Mohd Ridzuan Ahmad : 017-3369869 ...

Friday, 23 March 2012

Terkini 23 Mac 2012 : Surat Pengesahan Tapak Surau Oleh Meridian Tower

Assalammualaikum W.B.T. Alhamdulillah, Jawatankuasa Penaja telah menerima surat pengesahan tapak surau daripada Meridian Tower Sdn. Bhd. pada hari Isnin, 19 Mac 2012 yang lalu.  Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada Saudara Saiful yang banyak membantu dari menghantar permohonan sehinggalah mengambil surat MT tersebut. Semoga jasa Saudara Saiful dibalas dengan rahmat dan rezeki berganda daripada Allah S.W.T Langkah seterusnya ialah menghantar surat permohonan pengesahan tapak daripada pihak Majlis Perbandaran Kajang. Surat permohonan ini telah dihantar pada pagi ini, Jumaat, 23 Mac 2012. Kita amat berharap agar pihak MPKj dapat mengeluarkan surat pengesahan tersebut secepat mungkin agar kita dapat menghantar kertas kerja pembinaan...

Saturday, 10 March 2012

Perkembangan Terkini : Ahad, 10 Mac 2012

Assalammualaikum W.B.T Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi di atas kesempatan yang masih diberikanNya untuk kita terus bertemu dan berganding usaha di dalam merealisasikan usaha murni kita di dalam membangunkan sebuah surau di dalam kawasan perumahan kita ini. Semoga Allah SWT akan terus memberikan kita kekuatan, kelapangan dan petunjuk agar usaha kita akan mencapai kejayaan. Insya Allah. Dikesempatan ini juga, penulis memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini perkembangan terbaru usaha-usaha yang telah dijalankan oleh jawatankuasa penaja kita. Insya Allah dalam masa terdekat ini, penulis akan upload minit-minit mesyuarat yang lepas, jadual kerja dan checklist milestones yang telah dicapai oleh saudara-saudara kita sebagai rujukan...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons