Sunday, 26 February 2012

Mesyuarat Pertama

ASSALAMUALAIKUM WBT Untuk makluman, semua penduduk Muslim di Bayu Parkville dengan ini dijemput menghadiri Mesyuarat Pertama Penubuhan Surau @ Bayu Parkville. Mesyuarat ini akan menjadi batu asas kepasa usaha seterusnya di dalam merealisasikan impian kita dalam membangunkan dan membina sebuah surau kekal di Bayu Parkville bagi kegunaan penduduk setempat dan kawasan-kawasan perumahan berdekatan termasuk Taman Balakong Jaya (bersebelahan Mydin) dan Flat Mutiara. Mengikut prosedur yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa Bertindak, mesyuarat ini perlu dihadiri oleh sekurang-kurangnya 40 orang penduduk.  Oleh kerana itu marilah kita beramai-ramai menghadiri mesyuarat ini demi...

Saturday, 25 February 2012

Marilah Kita Meriahkan Mesyuarat Pertama Surau

Assalamualaikum Alhamdulillah, tinggal 3 hari lagi sebelum tarikh mesyuarat pertama penubuhan Surau @ Bayu Parkville. Adalah didoakan agar usaha ini mendapat keizinan dan barakah dari-Nya. Pihak penaja ada menyatakan kegusaran jika mesyuarat itu tidak dapat mengumpulkan sekurang-kurangnya 40 orang penduduk sepertimana dikehendaki oleh JAIS tetapi Insya Allah, usaha yang baik ini selalunya akan berjaya. Tetapi sesungguhnya tiada kejayaan tanpa sebarang halangan dan cubaan. Itu sebagai ujian dari Allah untuk menguji kesabaran dan ketekunan hamba-Nya. Untuk makluman semua, memandangkan mesyuarat akan diadakan di perkarangan Tadika PASTI, adalah digalakkan para penduduk membawa alas seperti tikar atau kain untuk dijadikan lapik duduk kerana...

Friday, 24 February 2012

Santapan Rohani Siri 4

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda : “ Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani " (Al-Bukha...

Thursday, 23 February 2012

Santapan Rohani Siri 3

...

Tuesday, 21 February 2012

Santapan Rohani Siri 2

...

Lokasi Tapak Surau

:: PANDANGAN 1 :: :: PANDANGAN 2 :...

Monday, 20 February 2012

Jawatankuasa Bertindak Penubuhan Surau @ Bayu Parkville

Cadangan Carta Organisasi Jawatankuasa Bertindak Penubuhan Surau @ Bayu Parkville Jawatankuasa Bertindak Penubuhan (JBP) Surau @ Bayu Parkville mestilah terdiri daripada sekurang-kurangnya 14 orang ahli jawatankuasa (AJK) yang dilantik di dalam mesyuarat pertama penubuhan surau selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Jawatankuasa ini merupakan organisasi bebas yang tidak terikat kepada mana-mana persatuan seperti persatuan penduduk, NGO dan sebagainya dan akan dipantau oleh JAIS dari masa ke semasa. Jawatankuasa ini akan mula berkuatkuasa dari tarikh lantikan sehinggalah pembinaan surau yang dirancang siap dibina dan digunakan sepenuhnya. Selepas tempoh tersebut, JBP akan dibubarkan...

Santapan Rohani Siri 1

...

Sunday, 19 February 2012

Ahlan Wa Sahlan..

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah melainkan Dia. Ribuan syukur dipanjatkan kepada-Nya kerana atas izin-Nya, usaha awal ke arah pembinaan sebuah surau kekal di dalam perumahan Bayu Parkville dapat dimulakan. Usaha pembinaan surau ini digerakkan atas kesedaran untuk mengukuhkan kembali semangat ukhuwah dan persaudaraan di kalangan penduduk Muslim di Bayu Parkville. Ini dapat dicapai kerana selain berfungsi sebagai rumah ibadah, surau yang dicadangkan ini mampu berperanan sebagai pusat aktiviti sosial yang dapat mengumpulkan penduduk setempat sama ada muda atau tua, lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak. Ramai yang menganggap surau hanya sesuai dijadikan...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons