Friday, 23 March 2012

Terkini 23 Mac 2012 : Surat Pengesahan Tapak Surau Oleh Meridian Tower

Assalammualaikum W.B.T. Alhamdulillah, Jawatankuasa Penaja telah menerima surat pengesahan tapak surau daripada Meridian Tower Sdn. Bhd. pada hari Isnin, 19 Mac 2012 yang lalu.  Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada Saudara Saiful yang banyak membantu dari menghantar permohonan sehinggalah mengambil surat MT tersebut. Semoga jasa Saudara Saiful dibalas dengan rahmat dan rezeki berganda daripada Allah S.W.T Langkah seterusnya ialah menghantar surat permohonan pengesahan tapak daripada pihak Majlis Perbandaran Kajang. Surat permohonan ini telah dihantar pada pagi ini, Jumaat, 23 Mac 2012. Kita amat berharap agar pihak MPKj dapat mengeluarkan surat pengesahan tersebut secepat mungkin agar kita dapat menghantar kertas kerja pembinaan...

Saturday, 10 March 2012

Perkembangan Terkini : Ahad, 10 Mac 2012

Assalammualaikum W.B.T Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi di atas kesempatan yang masih diberikanNya untuk kita terus bertemu dan berganding usaha di dalam merealisasikan usaha murni kita di dalam membangunkan sebuah surau di dalam kawasan perumahan kita ini. Semoga Allah SWT akan terus memberikan kita kekuatan, kelapangan dan petunjuk agar usaha kita akan mencapai kejayaan. Insya Allah. Dikesempatan ini juga, penulis memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini perkembangan terbaru usaha-usaha yang telah dijalankan oleh jawatankuasa penaja kita. Insya Allah dalam masa terdekat ini, penulis akan upload minit-minit mesyuarat yang lepas, jadual kerja dan checklist milestones yang telah dicapai oleh saudara-saudara kita sebagai rujukan...

Friday, 9 March 2012

Hasil Mesyuarat Penerangan & Perlantikan J/Kuasa Penaja Pembinaan Surau @ Taman Balakong Jaya

Mesyuarat  Penerangan & Perlantikan J/Kuasa Penaja Pembinaan Surau @ Taman Balakong Jaya telah berjaya dilaksanakan pada hari Ahad, 26 Februari 2012, 5.00 petang bertempat di Tadika PASTI, Bayu Parkville. Alhamdulillah, mesyuarat ini telah dihadiri oleh 50 orang penduduk dan ini memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Berikut merupakan hasil mesyuarat yang telah dipersetujui oleh para hadirin : Surau baru akan berada di bawah kariah Masjid Tan Ming Jaya Surau yang dibina akan menjadi mercu tanda Taman Balakong Jaya dan akan dikongsi bersama dengan penduduk di Bayu Parkville, Flat Sri Pulai, Bayu Courtyard, Flat Jati, Flat Mutiara dan Taman Balakong Jaya Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau...

Monday, 5 March 2012

Santapan Rohani Siri 5 : Dinamik Dalam Solat

Marilah kita meningkatkan dinamika solat kita agar ia tidak hanya menjadi satu rutin biasa  A...

Thursday, 1 March 2012

Alhamdulillah.. Mesyuarat Berjalan Lancar

Assalammualaikum kepada semua.  Alhamdulillah, pada hari Ahad, 26 Februari 2012 yang lepas, mesyuarat perlantikan Jawatankuasa Penaja Penubuhan Surau @ Bayu Parkville telah berjaya dilaksanakan. Seramai 50 orang penduduk telah sudi meluangkan masa dan menghadiri mesyuarat yang menjadi titik mula usaha kita di dalam menubuhkan surau di perumahan Bayu Parkville. Mesyuarat ini juka diserikan dengan kehadiran Yg. Bhg. Ustaz Hj. Rais bin Hj. Zam Zam, Jurunikah Bahagian Tan Ming Jaya. Yg. Bhg. Ustaz Rais merupakan penduduk terawal di Taman Balakong Jaya dan merupakan penasihat kepada surau-surau yang berada di persekitaran Taman Balakong Jaya termasuklah Surau At-Takwa Flat Mutiara, Surau Al-Iman Taman Putra Budiman dan surau Flat Sri Pulai....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons