Mesyuarat Penerangan & Perlantikan J/Kuasa Penaja Pembinaan Surau @ Taman Balakong Jaya telah berjaya dilaksanakan pada hari Ahad, 26 Februari 2012, 5.00 petang bertempat di Tadika PASTI, Bayu Parkville. Alhamdulillah, mesyuarat ini telah dihadiri oleh 50 orang penduduk dan ini memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Berikut merupakan hasil mesyuarat yang telah dipersetujui oleh para hadirin :
- Surau baru akan berada di bawah kariah Masjid Tan Ming Jaya
- Surau yang dibina akan menjadi mercu tanda Taman Balakong Jaya dan akan dikongsi bersama dengan penduduk di Bayu Parkville, Flat Sri Pulai, Bayu Courtyard, Flat Jati, Flat Mutiara dan Taman Balakong Jaya
- Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau @ Tmn Balakong Jaya akan dianggotai oleh wakil-wakil dari perumahan yang disebutkan di atas dan ketuai oleh wakil penduduk Bayu Parkville
- Satu bancian yang meliputi kesemua kawasan perumahan di atas akan dilaksanakan sebelum kertas kerja pembinaan surau dihantar ke JAIS. Bancian ini akan menjadi bukti perpaduan penduduk Taman Balakong Jaya dan pentingnya untuk sebuah surau utama didirikan sebagai pusat perpaduan penduduk
- Setelah surau baru siap dibina, kesemua surau-surau kecil di kawasan perumahan yang disebutkan akan ditutup dan disatukan di bawah pengurusan surau yang baru
- Surau baru akan sentiasa diimarahkan secara istiqamah melalui komitmen dan keikhlasan penduduk
- Nama bagi surau baru akan ditentukan kemudian.
Ahli Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau @ Taman Balakong Jaya
- Wakil Perumahan Bayu Parkville
- Tn Hj Hasan Basri (Penasihat)
- Saudara Akmal Bahri Baharuddin (Blok F)
- Saudara Saiful (Blok F)
- Saudara Suhaili Mohamed (Blok F)
- Saudara Syawal (Blok F)
- Saudara Ridzuan (Blok I)
- Saudara Zairi (Blok H)
- Saudara Syahrin (Blok H)
- Saudara Zairin (Blok H)
- Saudara Najib (Blok E)
- Saudara Zakaria Othman (Blok F)
- Wakil Perumahan Flat Mutiara
- Tn Hj Hasan
- Saudara Saiful Azuar
- Wakil Perumahan Taman Balakong Jaya
- Saudara Kamal
- Wakil Perumahan Flat Sri Pulai
- Imam Hj Razali b Hj Dali
- Wakil Perumahan Bayu Courtyard - masih belum ditentukan
- Wakil Perumahan Flat Jati - masih belum ditentukan
0 comments:
Post a Comment